‘Parlimen bubar, BN tidak lagi bersama Kerajaan Perpaduan’ – Ahmad Zahid

“THE moment (Di saat) Parlimen dibubarkan, kita tidak lagi bersama dengan mereka (Kerajaan Perpaduan).”

Demikian penegasan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai tempoh komitmen parti itu bersama Kerajaan Perpaduan yang akan berakhir apabila Parlimen ke-15 dibubarkan.

Menurut Ahmad Zahid, BN telah membuat keputusan untuk bersama Kerajaan Perpaduan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dan akan kekal dengan komitmen itu sehingga tamat penggal.

“Dalam keadaan kompleks, kita mahu satu kompas tetap. BN buat keputusan bersama kerajaan selepas PRU-15, komitmen kita tetap berada di dalam kerajaan sehingga tamat penggal ke-15.

“Ketika Parlimen dibubarkan, kita tidak lagi bersama dengan mereka. Ini janji kita,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Perhimpunan Agung Tahunan Ke-18 Parti Makkal Sakti Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini, lapor Astro Awani.

Jelasnya, komitmen itu merupakan janji BN kepada Yang di-Pertuan Agong dan telah termeterai menerusi pembentukan Kerajaan Perpaduan.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid menegaskan kerjasama dalam kerajaan tidak bermakna BN menyerahkan identitinya atau berhenti mempunyai pendirian sendiri.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here