Pelajar tahfiz bantu bersihkan masjid dinaiki air setinggi satu meter

SERAMAI 22 pelajar Maahad Tahfiz Fathul Ulum hari ini tampil membersihkan persekitaran kawasan Masjid Al-Ehsan di Kampung Sungai Serai, Hulu Langat yang  dinaiki air setinggi hampir satu meter dalam kejadian banjir yang berlaku semalam.

Pelajar berusia antara 13 hingga 17 tahun itu mengambil inisiatif menyertai gotong-royong membersihkan kawasan masjid itu yang mula digunakan sejak tahun 1990-an.

Ahli Jawatankuasa masjid berkenaan, Ahmad Fathi Zainuddin berkata, ini merupakan kali ketiga dalam tahun ini Masjid Al-Ehsan dinaiki air.

“Mujurlah dalam kejadian semalam, tiada peralatan yang rosak. Pada September lalu, kami tidak sempat mengalihkan karpet dalam kejadian banjir kali kedua,” katanya ketika ditemui utusanmelayuplus hari ini.

AHMAD FATHI ZAINUDDIN

Ahmad Fathi berkata, kerja pembersihan hanya dapat dimulakan pada pukul 8 pagi selepas air beransur surut dan selesai menjelang tengah hari.

“Sebelum Zuhur, kerja-kerja pembersihan siap, cuma karpet belum boleh dipasang semula,” jelasnya.

Beliau memaklumkan, penduduk dan pihak masjid sudah biasa berdepan situasi sebegini kerana ia bergantung kepada keadaan cuaca dan taburan hujan.

“Air bukan turun di kawasan masjid ini sahaja. Setiap kali hujan lebat di tempat lain, air sungai akan melimpah masuk. Setiap tahun kami hadapi perkara sama,” ujarnya.

SEORANG pelajar Maahad Tahfiz Fathul Ulum membersihkan lantai Masjid Al-Ehsan yang dinaiki air berikutan banjir semalam di Kampung Sungai Serai, Hulu Langat, Selangor. GAMBAR: NURUL SHAFINA JEMENON VIDEO: MOHAMAD REDZWUAN MANSOR utusanmelayuplus

Katanya, walaupun banjir kali ini tidak seteruk kejadian besar pada 2021, kegiatan ibadat di masjid itu tetap terjejas sehingga kerja pembersihan selesai sepenuhnya.

“Aktiviti masjid dijangka kembali pulih sebaik sahaja ruang solat utama kering dan boleh digunakan,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img