Pelajar tingkatan 2 maut, polis buka kertas siasat, seorang pelajar 16 tahun ditahan

POLIS  membuka siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan berhubung kematian seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang cedera di sebuah asrama sekolah di Kuala Pilah, malam tadi.

Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam di sebuah asrama sekolah di daerah Kuala Pilah.

“Pihak polis juga sedang meneliti semua fakta dan bukti bagi menentukan punca dan motif sebenar kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Alzafny berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kuala Pilah sebelum disahkan meninggal dunia.

Katanya, polis memandang serius sebarang kejadian keganasan melibatkan pelajar, khususnya kejadian yang mengakibatkan kehilangan nyawa.

“Pihak polis menyeru mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tampil membantu siasatan,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here