Pelakon veteran, Cik Man meninggal dunia

PELAKON veteran Kamarool Yusoff atau lebih dikenali Cik Man menghembuskan nafas terakhir hari ini, dipercayai akibat serangan jantung.

Allahyarham yang berusia 68 tahun menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 5.15 petang ketika menerima rawatan di Hospital Tanah Merah, Kelantan.

Difahamkan, Allahyarham sebelum itu dimasukkan ke hospital selepas mengalami masalah saluran jantung tersumbat dan berada dalam pemantauan pasukan perubatan.

Berita pemergian Allahyarham turut dikongsikan oleh pelawak Amir Raja Lawak menerusi satu hantaran di Facebook.

Dalam hantaran itu, beliau memaklumkan bahawa Kamarool telah kembali ke rahmatullah serta mengajak orang ramai mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Dimaklumkan, Kamarool Haji Yusoff atau lebih dikenali sebagai Farok dan jugak Cik Man, baharu sahaja meninggalkan kita semua.

“Semoga arwah Abang Kamarool ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman, beramal soleh, solehah dan ahli syurga, aamiin ya rabbal alamin,” kata Amir dalam hantarannya.

Pemergian Allahyarham disifatkan sebagai satu kehilangan besar kepada industri seni tanah air, memandangkan beliau dikenali menerusi pelbagai lakonan filem dan drama yang berjaya mencuit hati penonton dengan watak-watak bercirikan komedi.

Allahyarham meninggalkan legasi seni yang akan terus dikenang oleh peminat dan rakan-rakan dalam industri hiburan.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img