AHLI Parlimen Pasir Ahmad Fadhli Shaari memperolehi undi tertinggi bagi pemilihan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat 2025 apabila mendapat 1,092 undi pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-71 di Alor Setar hari ini.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang pada pemilihan lalu menduduki tempat mendapat undi tertinggi, kali ini berada di tempat kedua dengan perolehan undi sebanyak 1,062 undi – kurang 30 undi daripada Ahmad Fahdli.

Bagaimanapun perolehan undi itu tetap mengekalkan kedudukan Muhammad Sanusi yang Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas dan Perikatan Nasional sebagai pemimpin popular part itu.
Sementara itu Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr. Haim Hilman Abdullah mendapat undi ketiga tertiga tertinggi iaitu 1,028 undi.

Berikut senarai penuh pemilihan Jawatankuasa Pas Pusat 2025-27 yang diumumkan oleh Ketua Jawatankuasa Pemilihan Pas Pusat, Wan Rohimi Wan Daud.
Presiden: Tan Sri Abdul Hadi Awang
Timbalan Presiden: Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden:
Datuk Idris Ahmad
Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Datuk Seri Mohd Ammar Abdullah\
AJK PAS Pusat
- Ahmad Fadhli Shaari
- Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor
- Dr Haim Hilman Abdullah
- Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi
- Khairil Nizam Khirudin
- Datuk Mohd Nassuruddin Daud
- Datuk Dr Azman Ibrahim
- Dr Halimah Ali
- Datuk Dr Siti Zailah Mohamad
- Datuk Dr Ahmad Marzukh Shaari
- Datuk Ahmad Amzad Hashim
- Datuk Dr Mohd Fadzli Hassan
- Dr Riduan Mohamad Nor
- Datuk Seri Shahidan Kassim
- Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
- Datuk Awang Hashim
- Datuk Mumtaz Md Nawi
- Datuk Iskandar Abdul Samad


