
KETIKA tumpuan diberikan kepada krisis tenaga yang bakal berlaku berikutan konflik di Asia Barat, segelintir pemimpin Bersatu terus ‘meracau’ bercakap soal kedudukan Ketua Pembangkang.
Ada pemimpin Bersatu yang tak pernah bertanding dalam pilihan raya, tak pernah jadi ADUN atau Ahli Parlimen dilihat paling kelam kabut untuk memastikan Datuk Seri Hamzah Zainudin tidak kekal sebagai Ketua Pembangkang.
Kalau orang lain tak tidur lena dok fikir pasal minyak naik, mungkin ada pemimpin Bersatu tak tidur lena dok fikir macam mana nak pastikan Ketua pembangkang tak terus dipegang oleh Ahli Parlimen Larut itu.
Dalam mereka dok sibuk-sibuk cakap soal jawatan tersebut, Hamzah terus tenang dan lebih menumpukan perhatian kepada krisis tenaga. Mungkin mereka gelisah sebab setakat hari ini dikatakan 69 ahli Parlimen blok pembangkang bersama dengan Hamzah.
Jumlah itu dikatakan jauh meninggalkan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan Pengerusi Perikatan Nasional.
Yang peliknya Pas sudah kata jawatan Ketua Pembangkang akan dipegang oleh Ahli Parlimen parti itu, jadi yang pemimpin Bersatu kelam kabut apa hal? Tunggu sajalah siapa yang Pas nak lantik, tak lama pun…sebelum sidang Parlimen akan datang tahulah siapa ketua pembangkang.
Kalau Pas kata daripada Pas maknanya ahli Parlimen Pas la…Hamzah bukan ahli Parlimen Pas..jadi kenapa panik? Kecualilah Hamzah masuk Pas maka Hamzah layak jadi Ketua Pembangkang sebab beliau dah jadi Ahli Parlimen Pas.
Bersatu sebelum ini pun dah setuju ahli Parlimen Pas jadi Ketua Pembangkang, jadi kalau Hamzah dah bersama Pas…bolehlah kan…janganlah marah pulak.
Sepatutnya, Bersatu tak perlu gelisah sangat pasal Hamzah. Beliau tak kacaupun Bersatu. Yang patut Bersatu buat sekarang ialah persediaan untuk hadapi PRN Melaka dan Johor serta PRU-16.
Populariti Bersatu tengah merudum. Tetapi penulis ‘tak risau’ sebab maklumlah sekarang Bersatu ‘dah bersih’ , betul tak? Tak ada lagi sesiapa yang dianggap boleh pecahkah parti, walaupun hakikatnya yang dok pecah belahkan parti masih ada dalam Bersatu.
Tetapi tidak mengapalah Muhyiddinpun tengah kumpul semula kekuatan, khabarnya tak lama lagi, mereka akan habis-habisan perjuangkan pelbagai isu semasa…kalau betul baguslah..itu yang patut Bersatu buat…bukan dok tanya ‘Hamzah buat apa hari ini’’.
Inshaallah Muhyiddin boleh bimbing Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Radzi Jidin membawa panji-panji Bersatu dalam pilihan raya nanti. Mereka berdua dilihat pemimpin pelapis Bersatu dan boleh menggantikan Muhyiddin memimpin Bersatu…ramai dah cakap macam tu.
Sekarang nipun Muhyiddin sudah menjadi anggota Majlis Presiden…bahasa mudah jadi penasihat, jadi eloklah beliau ketengahkan orang seperti Mohamed Azmin dan Radzi ke depan sebagai pemimpin pelapis.
Muhyiddin dan pemimpin Bersatu kena kukuhkan kembali parti itu yang berantakan akibat isu calon PM sebelum ini…siapa calon PM bagi PN biarlah Pas tentukan. Lagipun Pas pun dah jadi Pengerusi PN.
Bersatu jangan dok ingat mereka masih ‘power’ seperti PRU-15 lalu, populariti mereka makin merudum, aura ‘Abah’ sudah berubah…Bersatu kena tampil seorang pemimpin yang ‘power’ macam Hamzah…kalau Hamzah ‘tak power’, tak kan setiap hari pemimpin Bersatu dok ‘meracau’ sebut nama beliau..betul tak?
Apapun berdasarkan maklumat yang penulis perolehi, Bersatu perlu terima hakikat bahawa parti itu sedang berhadapan krisis sokongan rakyat khususnya orang Melayu. Mereka mungkin kenal Bersatu tetapi sekadar soal perpecahan parti itu sahaja.
Bersatu kini ibarat ‘ada pun tak untung, tak ada pun tak rugi’…sebabnya orang Melayu nampak Pas sudah ada. Soal dakwaan tiada calon PM dalam parti itu…tak payahlah dok melalut lagi..menang dulu pilihan raya…
Tak kanlah lepas Bersatu pecah, PN pun nak ‘berpecah’ disebabkan isu sama…insaflah sikit…


