Penumpang pesawat bergaduh hendak duduk sebelah kekasih, penerbangan terpaksa berpatah balik

SEORANG penumpang lelaki mengamuk kerana tidak dibenarkan duduk di sebelah kekasihnya dalam satu penerbangan sehingga memaksa pesawat itu berpatah balik di Jepun.

Pesawat itu terpaksa membuat pusingan U dan mendarat cemas selepas pertengkaran tercetus antara penumpang itu dengan kru kabin.

Kejadian berlaku ketika pesawat IJ005 milik Spring Airlines berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Narita di Tokyo menuju ke Shanghai, China pada Isnin.

Penumpang lelaki itu naik angin selepas tidak dibenarkan untuk duduk bersama kekasihnya.

Difahamkan, permintaan itu ditolak selepas lelaki tersebut enggan membayar untuk pertukaran tempat duduk tersebut.

Guang Min Daily melaporkan, pergaduhan mulut antara penumpang itu dan kru kabin berlarutan selama hampir dua jam selepas pesawat berlepas.

“Pembantu penerbangan itu yang tidak lagi dapat menahan sabar bertindak mahu membuat aduan kepada pihak berkuasa hingga memaksa juruterbang berpatah balik.

“Sejurus pesawat mendarat, lelaki itu kemudiannya diiringi pihak berkuasa,” jelas laporan itu lagi.

Pertengkaran itu menyebabkan penumpang lain terpaksa bermalam di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita dan diberi ganti rugi berjumlah 10,000 yuan (RM5,841) seorang oleh Spring Airlines.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img