Perkembangan terkini : Kediaman penduduk di Teheran jadi sasaran Israel-AS

PENCABULAN kedaulatan Iran oleh Rejim Zionis bersama ‘bonekanya’ Amerika Syarikat (AS) memasuki episod baru.

Ia berikutan tindakan Iran memberi tindak balas ke atas pelbagai negara. Bagaimanapun sasaran adalah lokasi kepentingan AS di Asia Barat.

Keadaan itu berbeza dengan serangan AS-Israel yang mensasarkan kawasan orang awam hingga mengakibatkan lebih 200 rakyat Palestin terbunuh.

Berikut perkembangan perang yang tercetus akibat keganasan Israel-AS:

  • Brigadier Jeneral Ghulam Reza Rezaian, Ketua Pusat Perisikan Polis Iran terbunuh.
  • Ibu pejabat Bulan Sabit Merah Iran di Teheran disasarkan oleh serangan udara.
  • Pertahanan udara Iran diaktifkan di Tabriz, Wilayah Azerbaijan Barat, bagi memintas potensi ancaman.
  • Pertahanan Aeroangkasa Kor Pengawal Islam Iran (IGC) memusnahkan dron MQ-9 Amerika di selatan Iran.
  • Bahrain melaporkan gelombang baharu peluru berpandu dan serangan dron mensasarkan kepentingan Amerika.
  • Menurut Menteri Pertahanan Britain, dua peluru berpandu dilancarkan ke arah Cyprus.
  • Letupan dilaporkan berhampiran kompleks penyiaran televisyen di Teheran.
  • Letupan di timur Riyadh, Arab Saudi.
  • Serangan berterusan di Palestin yang dijajah, termasuk Haifa dan Tel Aviv, dengan siren di kawasan tengah dan utara seperti Netanya, Ashdod, dan Al-Nasira.
  • Serangan AS-Israel dilaporkan menyasarkan kem latihan pasukan gusti kebangsaan Iran.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img