PH tidak menjangka kehilangan sokongan pengundi tegar Cina Sabah

PAKATAN  Harapan (PH) menyifatkan prestasi buruk di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah khususnya melibatkan kehilangan sokongan pengundi tegar kaum Cina  sebagai isyarat penting untuk PH menilai semula strategi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16).

 Pengerusi PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud berkata, prestasi semasa gabungan itu khususnya melibatkan perubahan pola sokongan pengundi Cina, menuntut analisis menyeluruh bagi memahami puncanya.

“Kami pun sebenarnya tidak menjangka yang kita kehilangan (sokongan yang) substantial, agak besar pengundi-pengundi tegar kita dalam kalangan pengundi Cina.

“Jadi, selepas ini kami kena buat pascanilai apa sebenarnya yang berlaku dan bagi saya, ini adalah wake-up call kepada Pakatan Harapan, khususnya Parti Keadilan Rakyat, untuk kita menilai semula strategi kita,” katanya kepada pemberita di kediaman Ketua Menteri di Sri Gaya, Kota Kinabalu.

Beliau berkata, pengajaran yang diterima melalui keputusan kali ini memberi ruang kepada PH untuk memperkemas pendekatan dan strategi lebih awal sebelum menghadapi PRU16.

“Ini bagus juga kita dapat kesan lebih awal masalah-masalah ini supaya kita boleh merangka strategi untuk kita memenangi semula pengundi-pengundi tegar kita untuk kembali menyokong Pakatan Harapan,” katanya.

 Mustapha mengesahkan kehadirannya di kediaman Ketua Menteri malam ini adalah selari dengan pendirian rasmi PKR seperti yang telah diumumkan oleh Setiausaha Agung parti berhubung pembentukan Kerajaan Negeri Sabah.

“Kita bersedia untuk menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri yang bakal dibentuk tidak lama lagi dan menyokong Datuk Seri Hajiji Noor sebagai bakal Ketua Menteri kita, insya-Allah,” katanya.

DAP Sabah gagal meraih sebarang kerusi daripada semua lapan kawasan yang ditandingi parti itu pada PRN Sabah kali ini, PKR pula hanya menang satu daripada 13 kerusi yang ditandingi manakala Amanah gagal memenangi satu-satunya kerusi yang ditandingi iaitu kerusi Dewan Undangan Negeri Sulabayan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img