PM arah siasat segera tragedi 3 anggota polis maut terkena renjatan elektrik

DATUK Seri Anwar Ibrahim mengarahkan siasatan dijalankan secara menyeluruh, telus dan segera susulan tragedi yang mengorbankan tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akibat renjatan elektrik di Beaufort, Sabah hari ini.

Perdana Menteri berkata, beliau dukacita menerima berita pemergian ketiga-tiga anggota terbabit dan menegaskan langkah penambahbaikan perlu diambil bagi memastikan tragedi seumpama itu tidak berulang.

“Langkah penambahbaikan perlu diambil supaya tragedi seperti ini tidak berulang,” katanya menerusi hantaran di Facebook malam ini.

DARI kiri Koperal Chiu Teck Siong, Konstabel Muhammad Raimi dan Lans Koperal Mohamad Nur Hafiz yang maut akibat terkena renjatan elektrik di Beaufort. GAMBAR: Buletin TV3

Perdana Menteri turut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa serta warga PDRM.

“Jasa dan pengorbanan mereka dalam memelihara keamanan serta keselamatan negara akan sentiasa dikenang,” katanya.

Tiga anggota polis lelaki itu maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik di Jalan Weston, Kampung Weston di Beaufort petang ini.

Mangsa ialah Koperal Chiu Teck Siong, 40; Lans Koperal Mohamad Nur Hafiz Ibrahim, 29; dan Konstabel Muhammad Raimi Ismarubee, 26.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun dilaporkan berkata, ketiga-tiga anggota polis maut itu dipercayai sedang mengait buah kelapa menggunakan galah besi sebelum alat itu terkena kabel elektrik.

Katanya, kejadian jam 5.50 petang itu berlaku apabila galah besi digunakan secara tiba-tiba hilang keseimbangan lalu tersangkut pada kabel elektrik.

Dua lagi anggota yang berada berhampiran kemudian cuba membantu mangsa, namun turut terkena renjatan sebelum ketiga-tiganya rebah.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img