Polis buka dua kertas siasatan khianat, ugutan kes Cikgu Chandra

POLIS membuka dua kertas siasatan berhubung insiden khianat serta ugutan jenayah melibatkan Cikgu Chandra yang berlaku di kawasan perumahan Taman Kinrara, Puchong, awal pagi tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihaknya menerima dua laporan polis berasingan berkaitan kejadian tersebut.

Menurut beliau, insiden pertama disiasat mengikut Seksyen 427 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan melibatkan perbuatan khianat serta ugutan jenayah.

“Bagi insiden kedua pula, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan berkaitan kejadian khianat dengan api yang melibatkan kenderaan di lokasi sama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, kejadian berkenaan dilaporkan membabitkan aktivis, S. Chandrasegaran atau lebih dikenali sebagai ‘Cikgu Chandra’, apabila beberapa individu dipercayai bertindak merosakkan harta benda di kediamannya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, dua lelaki tidak dikenali yang memakai topeng hitam dan membawa parang dipercayai membuka pagar rumah mangsa sebelum memecahkan cermin belakang kereta miliknya serta merosakkan jeriji besi di hadapan rumah.

Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) turut mendapati kira-kira enam individu menaiki dua kenderaan dipercayai berada di luar rumah ketika kejadian tersebut.

Bagaimanapun, kejadian tidak terhenti di situ apabila sekumpulan individu dipercayai datang semula ke rumah mangsa kira-kira pukul 3.20 pagi sebelum mencampakkan objek dipercayai bom petrol atau molotov cocktail.

Akibat kejadian itu, tiga kenderaan milik mangsa musnah terbakar.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img