Polis serah kertas siasatan ‘Inspektor Sheila’ kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini

POLIS menunggu arahan lanjut daripada pejabat Timbalan Pendakwa Raya berhubung kes wanita dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ yang didakwa memperlekeh anggota polis ketika melakukan pemeriksaan terhadap seorang lelaki warga Pakistan baru-baru ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kertas siasatan berhubung kes berkenaan sudah dilengkapkan dan sudah dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

“Kami masih menunggu arahan selanjutnya,” katanya ringkas dalam kenyataan hari ini, lapor Berita Harian.

Media sebelum ini melaporkan kejadian membabitkan pegawai polis wanita yang ditahan kerja itu pada 4 November lalu di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, ketika polis menahan dan memeriksa lelaki Pakistan yang didapati memandu tanpa lesen.

Wanita itu dikatakan menuduh anggota yang bertugas tidak mengetahui undang-undang serta memperlekeh tindakan pihak polis, selain mendakwa anggota terbabit mengugut warga asing berkenaan.

Anggota polis yang terlibat dalam kejadian itu kemudian membuat laporan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas, serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil kerana menghina.

Sebelum ini tular video dimuat naik wanita itu dalam laman sosial mendakwa anggota polis mengugut seorang warga Pakistan yang menunggang motosikal.

Inspektor Sheila digantung tugas sejak 23 Jun 2023 berhubung beberapa kes antaranya menghina seorang anggota polis dan mengugut seorang wanita warga emas.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img