Polis tahan 3 warga asing, salah guna pas kerja untuk kutip derma

TIGA warga asing ditahan kerana dipercayai menyalahgunakan pas lawatan kerja dengan mengutip derma daripada orang awam di tapak Bazar Ramadan Wisma Ria, Sungai Petani, petang semalam.

Dua lelaki warga Thailand berusia 27 dan 23 tahun serta seorang wanita etnik Rohingya dari Myanmar berusia 39 tahun itu masing-masing ditahan anggota Task Force Balai Polis Sungai Petani kira-kira jam 6.30 petang, hasil maklumat awam.

Ketika serbuan, ketiga-tiga warga asing itu dikesan sedang mengutip derma kononnya bagi pembinaan madrasah tahfiz anak yatim serta wakaf tapak masjid, lapor Berita Harian.

Polis turut merampas wang tunai hampir RM300 dipercayai hasil kutipan derma di lokasi itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Hanyan Ramlan berkata, pemeriksaan mendapati semua suspek memiliki dokumen perjalanan sah, namun melanggar syarat pas atau permit diberikan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39(b) Akta Imigresen 1959/63, selain Seksyen 27(c) Akta Kesalahan Kecil 1955.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img