Polis tahan pemandu Mercedes Benz terlibat nahas ragut nyawa suami isteri

PEMANDU kereta Mercedes Benz yang terlibat dalam kemalangan sehingga mengakibatkan sepasang suami isteri maut di Kilometer 4 berhampiran Kampung Ketari, Bentong, Pahang semalam, telah ditahan polis bagi membantu siasatan.

Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, ujian air kencing terhadap lelaki berusia 40 tahun itu didapati negatif dan sampel darahnya juga telah diambil untuk analisis toksikologi.

“Siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila Mercedes Benz dari arah Bentong menghala Kuala Lumpur memasuki laluan bertentangan lalu melanggar bahagian hadapan Proton Saga sebelum hilang kawalan dan terlanggar Honda Civic pada bahagian sisi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian malam tadi, sepasang suami isteri berusia 51 tahun maut dalam kemalangan pada 8.20 malam manakala anak mereka yang memandu kereta Proton Saga parah di kepala.

Azry Akmar berkata, pemandu Mercedes Benz tidak mengalami kecederaan serius manakala pemandu sebuah lagi kenderaan terlibat tidak cedera.

Beliau memberitahu, siasatan lanjut berhubung kes itu kini dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img