Kes tembak Jalan Rasah, 2 lelaki berusia 40-an ditahan

SUSPEK yang dipercayai terlibat dalam kes tembak dua lelaki di dalam Myvi di Jalan Rasah menghala Plaza Tol Port Dickson pada Rabu, ditahan awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, kedua-dua suspek berusia 40-an ditahan di Seremban, jam 2 pagi.

“Susulan daripada kes tembak yang menyebabkan seorang mangsa meninggal dunia, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Seremban menjalankan siasatan dan telah mengesan suspek.

“Kedua-dua suspek telah ditahan di sebuah rumah di daerah ini dan turut dirampas sepucuk pistol yang dipercayai digunakan dalam kes tersebut,” katanya lapor Sinar Harian.

Menurutnya, pihaknya tidak menolak kemungkinan motif kejadian dipercayai dendam, namun siasatan masih dilakukan.

Tambah beliau, hasil semakan mendapati, mangsa yang parah dalam kejadian terbabit adalah salah seorang suspek kes tetak di sebuah pasar raya di daerah ini pada April lalu.

“Buat masa ini pihak kami masih lagi menjalankan siasatan sama ada kes ini berkaitan aktiviti kongsi gelap.

“Permohonan reman terhadap kedua-dua suspek dibuat pagi ini bagi soal siasat,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, seorang maut manakala seorang lagi cedara parah selepas ditembak di dalam kereta dalam kejadian antara jam 7 hingga 7.30 pagi.

Seorang mangsa berusia 43 tahun dipercayai bekerja sebagai pengawal peribadi disahkan meninggal dunia jam 12.50 tengah hari pada Rabu.

Seorang lagi mangsa berusia 47 tahun mempunyai 15 rekod kes jenayah atas pelbagai kesalahan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img