Polis tahan pemandu treler mabuk, miliki lesen palsu

0
134
PEMANDU treler yang ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol selain memiliki lesen memandu palsu di Sidam Kiri, Sungai Petani petang ini. GAMBAR: IPD Kuala Muda

POLIS menahan seorang lelaki yang dikesan memandu treler dalam keadaan mabuk selain memiliki lesen memandu palsu di Jalan Sidam Kiri, Sungai Petani petang ini.

Lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik yang menjalankan Op Mabuk di sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, hasil semakan lanjut terhadap lesen memandu suspek mendapati dia memiliki dua lesen memandu palsu.

“Hasil ujian saringan awal pula mendapati pemandu berkenaan positif alkohol sebelum ujian lanjut turut mengesahkan dia memandu bawah pengaruh alkohol.

“Semakan lesen memandu turut mengesyaki suspek memiliki dua lesen palsu,” katanya.

Menurut Hanyan, suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut dan permohonan reman akan dibuat esok.

Tambah beliau, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 45 Akta Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana disyaki memandu bawah pengaruh alkohol.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here