Polis terima 2 laporan isu gelaran ‘Tok Undang’ dikaitkan dengan Anthony Loke

POLIS Negeri Sembilan mengesahkan menerima dua laporan polis berhubung penggunaan gelaran Institusi Undang yang dikaitkan dengan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dalam satu majlis di negeri ini baru-baru ini.

Ketua Polis Negeri, Datuk Alzafny Ahmad berkata, setakat ini dua individu yang membuat laporan sudah dipanggil bagi dirakam keterangan untuk membantu siasatan.

Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengenal pasti individu lain yang perlu dipanggil bagi melengkapkan siasatan.

“Setakat ini ada dua laporan polis dibuat di Negeri Sembilan mengenai isu penggunaan jawatan ‘Tok Undang’ dalam majlis baru-baru ini.

“Kedua-dua pengadu sudah diambil keterangan lanjut manakala individu yang dirasakan perlu dipanggil akan dibuat selepas ini,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, isu berkenaan timbul susulan penggunaan gelaran Institusi Undang ketika Majlis Pelancaran Jentera Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan yang berlangsung Jumaat lalu.

Susulan itu, Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Ahmad Shahir Mohd Shah tampil memohon maaf kepada Undang Yang Empat berhubung tindakannya memetik gelaran berkenaan dalam majlis tersebut.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img