Polis trafik ditahan reman berhubung kes rasuah RM30,000

SEORANG anggota polis trafik direman empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kerana disyaki meminta dan menerima suapan RM30,000 daripada beberapa individu dan pemilik syarikat lori.

Perintah reman itu yang dimohon oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikeluarkan Majistret Nuur Fakhizaa Abu Bakar di Mahkamah Majistret Temerloh hari ini.

Difahamkan, suspek ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM cawangan Temerloh kira-kira jam 3.30 petang semalam.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 30-an disyaki menerima suapan itu sebagai balasan melindungi syarikat lori daripada dikenakan tindakan undang-undang.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki meminta dan menerima suapan itu antara 2024 dan 2025.

“Wang suapan itu percayai diterima daripada beberapa individu pemilik syarikat lori dan dimasukkan ke dalam akaun peribadi suspek,” katanya.

Pengarah SPRM Pahang, Mohd Shukor Mahmud ketika dihubungi mengesahkan penahanan anggota polis terbabit.

Menurut beliau, kes ini disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img