Prabowo pecat Timbalan Menteri Tenaga Kerja berikutan kes pemerasan

 PRESIDEN Indonesia Prabowo Subianto memecat Timbalan Menteri Tenaga Kerja Immanuel Ebenezer Gerungan, yang popular dengan nama Noel, selepas dinamakan sebagai suspek dalam kes peras ugut berkaitan pensijilan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Kes itu timbul berikutan laporan awam yang mendakwa bayaran haram dikenakan untuk pengeluaran sijil Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (K3) di Kementerian Tenaga Kerja.

Setiausaha Negara Prasetyo Hadi berkata dekri presiden yang memecat Noel telah ditandatangani pada  Jumaat malam.

“Kami menyerahkan keseluruhan proses undang-undang untuk dilaksanakan sebagaimana mestinya,” katanya dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa pentadbiran berharap kes itu akan menjadi pengajaran kepada ahli Kabinet dan pegawai awam.

Noel dituduh oleh Suruhanjaya Pembasmian Rasuah (KPK) menerima rasuah berjumlah 3 bilion rupiah (sekitar US$185,000) dan sebuah motosikal mewah.

Pengerusi KPK Setyo Budiyanto berkata Noel tahu, membiarkan, malah memeras wang melalui skim itu, yang menaikkan kos pensijilan daripada 275,000 rupiah (US16.8) kepada sebanyak 6 juta rupiah(US368) setiap individu.

Syarikat yang enggan membayar dilaporkan berdepan kelewatan pengeluaran sijil atau penolakan permohonan mereka. – BERNAMA



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus

IG:
Utusan Melayu Plus

TikTok:
@utusanmelayuplusofficial

Whatapps Channel:
UTUSAN MELAYU PLUS


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img