PRK Kinabatangan : ‘Batang tubuh’ Mohd Naim, jasa Allahyarham Bung Moktar mampu beri kemenangan kepada BN

BARISAN Nasional (BN melalui tindakan yang tepat apabila memilih Mohd Naim Kurniawan anak kepada Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan pada 24 Januari depan.

Sesungguhnya pemilihan Mohd Naim itu akan memberi peluang cerah kepada BN untuk mempertahankan kerusi itu yang dimenangi oleh Allahyarham Bung Moktar – seorang insan yang menaburkan bakti di kerusi Parlimen itu sejak 1999 sehinggalah Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada  Disember lalu.

Terlalu banyak jasa Allahyarham di Kinabatangan, atas sebab itulah Allahyarham mampu mempertahankan kemenangan di Parlimen berkenaan dengan majoriti 4,330 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Allahyarham menenangi kerusi Parlimen itu kali pertama pada 1999 dengan majoriti 3,95 undi, 2004 (menang tanpa bertanding), memperolehi majoriti 6,326 undi (2008),meningkat kepada 9,731 undi pada 2013 dan menurun sedikit pada 2018 berikutan gelombang politik ketika itu dengan 9.478 undi.

Namun semua perolehan undi  itu sudah menjadi sejarah tetapi jasa Allahyarham Bung Moktar tetap segar dan terus dirasai serta dinikmati oleh penduduk-penduduk di Parlimen Kinabatangan. Kini legasi itu akan diteruskan pula oleh anaknya Mohd Naim, anak muda yang selama ini menjadi orang kanan dan paling rapat dengan Allahyarham Bung Moktar dalam melaksanakan gerakan politik serta membantu Allahyarham menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.

 Justeru sudah pastilah pengalaman tersebut amat berharga dan akan membantu Mohd Naim menjalankan tugasnya dan paling penting meneruskan segala usaha Allahyarham Bung Moktar di Parlimen Kinabatangan.

Walaupun tindakan BN bergabung bersama Kerajaan Sabah di bawah kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor dari GRS sedikit sebanyak mengecewakan penyokong BN memandangkan kedua-dua  gabungan itu sebelum PRN Sabah ‘bermusuhan’ namun ia dijangka tidak akan menggugat peluang Mohd Naim.

Pengundi di Parlimen Kinabatangan pastinya mengenali Mohd Naim dan mengenang jasa Allahyarham Bung Moktar. Lagi pula pertarungan di kerusi tersebut lebih cenderung melibatkan BN dengan Warisan manakala parti-parti lain termasuklah Perikatan Nasional (PN) boleh dianggap tidak berpeluang di situ.

Sememangnya di atas kertas, peluang Mohd Naim lebih cerah apatah lagi BN kini sudah melakukan taktikal politik dengan bergabung dalam Kerajaan Sabah walaupun menang  6 kerusi daripada 42 ditandingi manakala di pusat ‘menumpang kuasa’ bersama Pakatan Harapan (PH).

Kedudukan ini sudah pasti akan memberi keyakinan kepada pengundi untuk memberi sokongan kepada BN namun bagi penulis, perhitungan atau kecenderungan pengundi semakin berubah, mereka sudah tidak melihat parti tetapi siapa calon.

Dalam pertarungan di Parlimen Kinabatangan, jasa Allahyarham Bung Moktar ‘yang terus mengalir’ dan ‘batang tubuh’ Mohd Naim adalah ‘gabungan sempurna’ untuk membantu kemenangan anak muda tersebut…Insha-Allah.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img