Dorongan emosi, pengaruh media sosial antara punca kejadian tikam murid Tingkatan 4

DORONGAN emosi dan pengaruh media sosial dipercayai antara punca remaja lelaki berusia 14 tahun menikam sehingga mati murid Tingkatan Empat berusia 16 tahun di Petaling Jaya, semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan awal mendapati suspek dan mangsa tiada hubungan atau interaksi.

Katanya, faktor dorongan emosi dan pengaruh media sosial dikenal pasti antara punca suspek menikam mangsa.

“Siasatan pada peringkat ini juga mendapati tiada unsur buli terlibat,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.

Beliau berkata, hasil semakan juga mendapati suspek tiada rekod disiplin di sekolah.

“Pada waktu ini kita tidak dapat mengesahkan keadaan mental suspek, namun semasa siasatan berjalan, kita akan laksanakan pemeriksaan lanjut.

“Tidak adil untuk mengatakan tekanan mental sebab kita akan merujuk kepada pakar psikiatri untuk mendapatkan keadaan mental suspek. Tapi mungkin ada emosi yang tidak stabil pada suspek ketika kejadian,” katanya.

Katanya, siasatan dijalankan menyeluruh meliputi rakaman keterangan saksi, kejadian semakan kamera kitar tertutup (CCTV).

“Sehingga kini, 57 rakaman percakapan direkodkan membabitkan pelajar, guru-guru, ahli keluarga dan wakil kaunseling sekolah,” katanya

 


 

UNDILAH

[forminator_poll id=”4496″]

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img