Rakyat berhak kecewa apabila pihak berkuasa salahguna kedudukan, amal rasuah – Sultan Ibrahim

YANG  di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang mesti sentiasa dipelihara serta dipertahankan.

Menerusi perkongsian di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda bertitah kedua-dua aspek dalam Rukun Negara itu amat penting kerana memberi kesan secara langsung terhadap tahap kepercayaan rakyat kepada integriti institusi pemerintahan dan pentadbiran negara.

“Rakyat berhak untuk berasa kecewa apabila pihak berkuasa didapati menyalahgunakan kedudukan dan berasuah,” titah Sultan Ibrahim.

Titah berkenaan dizahirkan ketika Seri Paduka Baginda berkenan menerima menghadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Sri Azalina Othman Said di ibu negara hari ini.

Pada pertemuan itu, Seri Paduka Baginda turut berkenan dipersembahkan taklimat mengenai isu-isu semasa mengenai perundangan dalam negara selain usaha pengukuhan tatakelola serta pelaksanaan reformasi institusi ke arah memerangi rasuah.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img