RCI Tabung Haji: Bekas Menteri pula ditahan

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas menteri berkait penemuan dalam laporan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung pengurusan dan operasi Tabung Haji (TH).

Menurut satu kenyataan di TikTok SPRM, suspek lelaki berusia 60-an itu ditahan kira-kira 4.30 petang tadi ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abd Halim Aman mengesahkan penahanan suspek dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Tambah beliau, suspek akan direman di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi esok.

BEKAS Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan dibebaskan daripada tahanan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, selepas ditahan selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung isu berkaitan TH.

Sebelum ini, bekas Pengerusi TH, bekas Ketua Setiausaha Perbendaraan dan  bekas Ketua Pegawai Eksekutif telah ditahan untuk siasatan kes yang sama.

Laporan RCI mengenai TH yang dimuat naik melalui portal rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 29 Julai lepas, antara lain mencadangkan supaya audit forensik dijalankan untuk meneliti kaedah keputusan pelaburan lepas dibuat sehingga menyebabkan TH berhadapan dengan penurunan nilai aset yang teruk.

Laporan RCI bagi menyiasat isu pengurusan dan operasi TH dari 2014 hingga 2020 itu, turut menyenaraikan pelaburan bermasalah yang memerlukan audit forensik.

RCI berkenaan mendapati wujudnya transaksi yang mencurigakan dan penyembunyian maklumat.

Skop siasatan RCI meliputi penelitian terhadap isu berkaitan TH sepanjang tempoh 2014 hingga 2020, dengan merujuk penemuan firma PricewaterhouseCoopers (PwC), Ernst & Young (EY) dan Roland Berger, tidak termasuk pelan penstrukturan serta pemulihan yang sedang dijalankan ketika itu.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here