Remaja hilang ketika berkonvoi bersama keluarga ditemukan meninggal dunia

REMAJA lelaki, Ahmad Azreeq Zafreen yang dikhuatiri hilang ketika berkonvoi bersama keluarga ke Cameron Highlands sejak awal pagi Jumaat lalu ditemukan meninggal dunia dalam semak di tepi jalan Kampung Bukit Jeruk, Beting Lintang di Jertih, Terengganu.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Rozaime Ab Rahim ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat seorang lelaki bersama sebuah motosikal di lokasi terbabit oleh orang awam pada jam 6.40 petang tadi.

“Setakat ini polis percaya mayat yang ditemukan itu adalah Ahmad Azreeq Zafreen Ahmad Azhar, 19, yang dilaporkan hilang sejak awal pagi Jumaat lalu oleh keluarganya.

“Mangsa dipercayai telah meninggal dunia pada malam dia tidak dapat dihubungi pada awal pagi Jumaat selepas motosikal Yamaha R15 yang ditunggangnya dipercayai terbabas,” katanya hari ini.

Rozaime berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Besut untuk pengecaman waris dan bedah siasat.

Media hari ini melaporkan, Ahmad Azreeq dikhuatiri hilang ketika dia bersama keluarganya dari Kampung Batin, Seberang Takir, dalam perjalanan untuk bercuti ke Cameron Highlands pada Khamis lepas.

Dalam perjalanan itu, Ahmad Azreeq menunggang motosikal jenis Yamaha R15, manakala ibu bapanya bersama ahli keluarga lain menaiki sebuah kereta.

Kali terakhir mangsa dikesan berdasarkan rakaman video litar tertutup (CCTV) berada di sebuah stesen minyak di Kampung Beting Lintang di Jertih pada jam 1.38 pagi, Jumaat lalu.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img