Remaja maut disambar buaya

SEORANG remaja lelaki berusia 15 tahun maut selepas dipercayai disambar buaya ketika mandi di Sungai Batu Kawa Lama, Kampung Segubang, di Kuching hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, ketika kejadian mangsa sedang mandi bersama abang dan adiknya, manakala ibu mangsa membasuh pakaian di tebing sungai.

Bagaimanapun, mangsa kemudiannya dikatakan mengadu sakit pada bahagian kaki sebelum dipercayai diserang buaya.

“Datuk mangsa yang berada di lokasi bertindak mengejar mangsa menggunakan bot, namun remaja terbabit hilang daripada pandangan kira-kira 200 meter dari tempat kejadian.

“Semasa kejadian itu mangsa dilaporkan memakai seluar pendek hitam dan tidak berbaju,” katanya dalam kenyataan lapor BuletinTV3.

Beliau berkata, unit penyelamat menggunakan kaedah pencarian di permukaan air bagi mengesan mangsa.

“Setibanya di lokasi, kami mengesan saksi dan menjalankan pencarian di kawasan terakhir mangsa dilihat.  Jasad mangsa telah dijumpai oleh ahli keluarga di seberang rumah panjang dengan keadaan tidak sempurna,” katanya.

Mangsa kemudiannya dibawa ke jeti berdekatan untuk pengecaman sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, pihak bomba Sarawak menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada ketika berada di kawasan sungai, terutamanya yang mempunyai risiko serangan buaya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img