Risalah Presiden Pas minta pengundi tolak calon PH, sokong BN palsu

RISALAH bertajuk ‘Amanat Tuan Guru Presiden Pas’ menggesa pengundi menolak calon Pakatan Harapan (PH) dan menyokong calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah palsu.

Ketua Penerangan Pas Johor, Mohd Firdaus Jaffar berkata, risalah itu bukan kenyataan, arahan atau amanat rasmi Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan tidak pernah dikeluarkan oleh Pas Pusat mahupun Pas Johor.

“Pas Johor memandang serius penyebaran bahan yang menggunakan nama dan imej pimpinan parti tanpa kebenaran sehingga boleh mengelirukan ahli, penyokong serta masyarakat umum mengenai pendirian rasmi parti.

“Sehubungan itu, seluruh ahli, penyokong dan masyarakat dinasihatkan supaya tidak menyebarkan risalah tersebut serta sentiasa merujuk saluran rasmi Pas bagi mendapatkan kenyataan dan maklumat yang sahih,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Pas Johor turut mengingatkan semua pihak agar berpolitik secara matang, beretika dan bertanggungjawab.

Katanya, penyebaran bahan palsu dan maklumat mengelirukan hanya mencemarkan proses demokrasi serta menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Terdahulu tular surat atau risalah tersebut dalam media sosial yang mendakwa amanat Hadi selain turut meletakkan nama Presiden Pas tersebut.

 

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img