Saga langgar tiang elektrik: Suami maut, isteri dan 3 anak parah

SEORANG lelaki maut manakala empat lagi parah selepas Proton Saga FLX dinaiki terbabas sebelum melanggar tiang elektrik di Persiaran Tengku Ampuan Seksyen 22, Shah Alam tengah hari tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, komander operasi melaporkan terdapat lima mangsa di dalam kereta yang terbabas.

Katanya, pemandu berusia 39 tahun berbangsa Melayu tersepit di tempat duduk pemandu dan berjaya dikeluarkan pihak bomba pada pukul 1.45 tengah hari.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan.

“Mangsa diserahkan kepada pihak polis untun tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Ahmad Mukhlis, seorang wanita berusia 38 tahun turut mengalami kecederaan parah.

“Dua kanak-kanak perempuan berusia tujuh dan empat tahun serta seoramg bayi berumur tujuh bulan turut parah.

“Kesemua mangsa kanak-kanak telah dihantar ke hospital oleh orang awam,” katanya.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus

IG:
Utusan Melayu Plus

TikTok:
@utusanmelayuplusofficial

Whatapps Channel:
UTUSAN MELAYU PLUS


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img