Selepas seminggu bertarung nyawa, Muhammad meninggal dunia hari ini

MUHAMMAD Ammar Muhammad Badrul, 7, menghembuskan nafas terakhir jam 3.02 petang di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) Kota Bharu selepas seminggu bertarung nyawa setelah parah dipukul dengan tukul oleh bapa saudaranya di Bachok, minggu lalu.

Bapa Muhammad Ammar, Muhammad Badrul Rameli, 31, dalam hantaran melalaui media sosial menulis ‘Assalamualaikum, anak saya Muhammad Ammar da (sudah) kembali ke negeri asal… sama-sama sedekahkan al-Fatihah.

Dia juga berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakan anaknya sepanjang seminggu mendapatkan rawatan sejak kejadian malang itu.

“Terima kasih, meninggal jam 3.02 petang,” katanya ringkas ketika dihubungi kemudian.

Ibu kanak-kanak berkenaan, Nur Ayuni Mohd Kamarulzaman, 29, sebelum ini memaklumkan doktor meminta dia dan ahli keluarga untuk reda dan bersiap sedia dengan segala kemungkinan selepas jantung Muhammad Ammar terhenti kira-kira 14 minit, pagi semalam.

Allahyarham Muhammad Amar, pelajar Tahun Satu itu cedera parah di bahagian kepala selepas dipukul dengan tukul oleh bapa saudaranya berusia 46 tahun di sebuah rumah kedai di Pasar Jelawat, Bachok.

Bapa saudaranya  kemudiannya ditemui meninggal dunia di Pantai Melawi.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img