Nahas Senai-Desaru, 3 disahkan maut, Fortuner disyaki bawa rokok seludup – Polis

ANGKA mangsa yang maut dalam kemalangan di Lebuhraya Senai-Desaru kini disahkan tiga orang.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, kesemua mangsa menaiki Golf dengan dua maut ditempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Ismail.

Katanya, laporan mengenai kejadian diterima Bahagian Penguatkuasaan Trafik Daerah Kota Tinggi kira-kira pukul 11.45 pagi melibatkan kemalangan di Kilometer 55, Lebuhraya Senai – Desaru.

“Kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan, iaitu sebuah Honda CRV dipandu seorang wanita tempatan berusia 25 tahun, Toyota Fortuner (lelaki tempatan, 32 tahun) dan Volkswagen Golf ( lelaki belum dikenal pasti).

“Kemalangan berlaku apabila Fortuner masuk ke laluan bertentangan (laluan Desaru hala Senai) sebelum bertembung dengan Golf berada di belakang CRV yang sempat mengelak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, kesemua mangsa terlibat sempat dikeluarkan oleh orang awam sebelum terbakar.

“Fortuner disyaki membawa muatan rokok seludup,” katanya dan menambah ia kini dalam siasatan.

Yusof berkata, seorang penumpang Golf kini menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail bersama-sama pemandu Fortuner yang parah.

“Pemandu CRV tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus

IG:
Utusan Melayu Plus

TikTok:
@utusanmelayuplusofficial

Whatapps Channel:
UTUSAN MELAYU PLUS


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img