Macam-macam jadi kat sekolah…silap di mana?

Awang tergamam bila baca berita empat pelajar Tingkatan 5 rogol secara bergilir-gilir seorang pelajar Tingkatan 3 di Alor Gajah, Melaka. Awang tertanya-tanya apa nak jadi dengan pelajar sekolah kita. Satu demi satu kes berlaku…rimas Awang tengok.

Tu tak kira yang jadi ‘mat rempit’. Berlagak macam budak dewasa. Lepas itu ada pula kes pukul cikgu. Macam-macam jadi kat sekolah kita sekarang. Kalau Awang cakap banyak-banyak nanti ‘orang kementerian’ kata nak burukkan menteri pula. Awang bukannya nak buruk sesiapa tapi nak minta kementerian lebih tegas dalam soal disiplin pelajar-pelajar ini.

Awang frust betul bila tengok yang terlibat ini budak-budak Melayu. Yang berlagak berani naik motosikal style superman tu anak Melayu..orang putih yang berlakon jadi ‘superman’ pun tak seberani budak-budak Malaysia ni.

Setiap kali Awang tengok pelajar-pelajar sekolah yang berlagak samseng, Awang mesti tertanya-tanya macam mana masa depan mereka? Betul la..kita tak boleh ramal masa depan dan tak tahu apa nak jadi kat masa depan, tapi tengok merekapun kita tahu tak ada masa depan!

Kalau sapa nak marah Awang cakap macam tu, marahlah…Awang tak kisah sebab tegur perkara betul. Baru ni di Melaka, Awang tengok sendiri budak sekolah yang Awang rasa tak sampai umur 15 tahun pun, tunggang motosikal dengan topi kelendar pun tak pakai, lepas tu selamba aje buat ‘whilly’. Dia tak peduli pun orang lain…kalau dia jatuh ‘confirm’ tak masuk wad, masuk kubur.

Bila tengok pelajar-pelajar sekolah kita, Awang tertanya-tanya apa yang menyebabkan mereka jadi macam tu. Awang tak salah ibu bapa sepenuhnya tetapi Awang rasa ada antara mereka tak jaga anak betul-betul. Kalau tahu anak tu tak ada lesen, umurpun tak cukup lagi…kenapa biarkan dia tunggang motosikal? Kenapa bila anak  pukul 2 – 3 pagi  tak balik rumah lagi kita tak cari?

‘Spesis-spesis’ macam ni bila pi sekolah jadi tak tentu hala menyusahkan pihak sekolah khusus cikgu-cikgu. Cikgu-cikgu pula tak boleh buat lebih…kalau tak viral..emak bapa datang ‘serbu’ sekolah kata anak kena dera dengan cikgu..Lebih malang kat cikgu tu, PPD pula  panik bila kes heboh terus rehatkan cikgu tu.Pihak Kementerian pulak asyik nak minta report saja.

 Awang fikir dah sampai masanya, Kementerian Pendidikan cari strategi bagaimana mahu atasi masalah disiplin  pelajar-pelajar ni. Bosan dah… bila isu ni berbangkit, asyik dok jawab kes terpencil. Carilah jalan, mana-mana sekolah yang ada masalah disiplin ambil tindakan segera.

Awang dah jumpa ramai kawan dulu cikgu sekolah, sekarang asyik pergi berkelah sebab berhenti awal. Tanya kenapa berhenti awal..jawapan diberi sebab ‘stres’.  Mau tak ‘stres’ ingatkan jadi cikgu seronok macam Cikgu Murni (filem Labu Labi), Cikgu Shaari (Masam-masam manis) atau Cikgu Ros (Pendekar Bujang Lapuk) – rupa-rupanya semua bagai mimpi, asyik masam saja manisnya tak ada, kerja bertumpuk-tumpuk.

Dan Awang nak cakap juga…salah satu faktor cikgu-cikgu ni berhenti bukan sahaja pasal kerja yang berlambak-lambak tu, tapi juga bosan dengan perangai pelajar yang sesetengah  ‘samseng macam Sharif Dol Kampung Dusun’ .

Awang harap Kementerian Pendidikan akan kaji keadaan pelajar-pelajar kita sama ada di sekolah rendah atau sekolah menengah. Sebab misi kita nak lahir pelajar yang ada masa depan bukan tak ada harapan. Buat kajian betul-betul..kasihanlah kat cikgu-cikgu dah kerja berlambak-lambak..pelajar pulak ‘buat semak’!

Awang – bukan ganggu kementerian, bukan usik sekolah, bukan  usik cikgu

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img