Serangan peluru berpandu Iran semakin besar, pantas mula gentarkan Israel

ISRAEL dilaporkan semakin bimbang terhadap perubahan taktik peluru berpandu oleh Iran susulan peningkatan serangan yang menyasarkan kedudukan strategik di wilayah yang diduduki di Palestin.

Laporan terkini media berbahasa Ibrani yang memetik sumber tentera Israel menunjukkan terdapat perubahan ketara dalam pendekatan Teheran, dengan jumlah tembakan yang lebih besar serta urutan pelancaran yang lebih pantas.

Perkembangan ini mencetuskan kebimbangan mengenai kemungkinan kempen balas yang lebih agresif dalam masa terdekat.

Media Israel, memetik pegawai rejim Zionis, melaporkan bahawa serangan peluru berpandu berterusan Iran ke atas kedudukan penting Israel telah menimbulkan kebimbangan susulan perubahan jelas dalam taktik.

Menurut laporan tersebut, pihak berkuasa Israel mengesan peningkatan ketara dalam kadar pelancaran peluru berpandu bermula Ahad lalu, sekali gus memberi isyarat kemungkinan pelarasan strategi oleh Teheran.

Salah satu bangunan di TelAviv yang hancur akibat serangan balas Iran.

Pegawai Israel turut memaklumkan bahawa walaupun siren amaran serangan udara kurang kerap berbunyi dalam beberapa hari kebelakangan ini, saiz setiap gelombang serangan meningkat dengan ketara.

Sumber tentera mengesahkan bahawa Iran kini melancarkan antara 20 hingga 30 peluru berpandu bagi setiap gelombang serangan, peningkatan mendadak berbanding corak sebelumnya.

Media Ibrani turut memetik penilaian pihak Israel yang menyatakan bahawa Iran mungkin sedang bersiap untuk melancarkan gelombang yang lebih besar, berpotensi antara 80 hingga 90 peluru berpandu setiap serangan.

Seorang pegawai memberi amaran, “Kita berdepan hari-hari yang sukar,” sambil menggesa orang ramai supaya terus berwaspada dan bertindak secara bertanggungjawab dalam menghadapi ancaman yang semakin memuncak.

Laporan itu juga menekankan kebimbangan bahawa pasukan yang berpangkalan di Yaman berkemungkinan menyertai ofensif tersebut dengan melancarkan serangan mereka sendiri ke atas sasaran Israel.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img