Setiausaha Akhbar, Ketua Komunikasi Korporat barisan hadapan -Anwar

SETIAUSAHA Akhbar dan Ketua Komunikasi Korporat berperanan sebagai barisan hadapan komunikasi kerajaan dalam memastikan dasar serta agenda negara diterjemah secara jelas, tepat dan berintegriti kepada rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan dan rakyat perlu sentiasa didekatkan umpama sebuah jambatan yang kukuh supaya kerajaan dapat terus berfungsi secara berkesan demi kepentingan rakyat.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Pemukiman Setiausaha Akhbar dan Ketua Komunikasi Korporat.

“Dalam konteks ini, mereka memainkan peranan penting sebagai penghubung utama antara pentadbiran dan masyarakat,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Abdul Halim Hamzah serta Setiausaha Akhbar Kanan Kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah

Dalam pada itu, Anwar turut mengingatkan Setiausaha Akhbar dan Ketua Komunikasi Korporat supaya sentiasa cakna dan peka terhadap pelbagai bentuk serangan dengan menyediakan hujah serta justifikasi yang tegas.

“Negara ini harus ditegakkan dengan fakta, bukan sentimen yang merosakkan,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img