SPRM tahan bekas CEO yayasan milik institusi perbankan dan pengerusi  NGO

SURUHANJAYA  Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah yayasan milik institusi perbankan dan pengerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerana dipercayai terbabit tuntutan palsu berjumlah lebih RM2.1 juta.

Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan kedua-dua suspek direman lima hari sehingga 31 Ogos selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.

Menurut sumber, kedua-dua lelaki, masing-masing berusia lingkungan 30 dan 50-an ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putarajaya sekitar jam 5 petang hingga 11.30 malam tadi ketika hadir memberi keterangan.

“Berdasarkan siasatan awal, kedua-dua suspek dipercayai bersubahat dengan memperaku dan mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu membabitkan tuntutan peruntukan kepada sebuah yayasan yang berjumlah lebih RM2.1 juta.

“Tuntutan itu melibatkan bantuan di bawah tabung pendidikan sedangkan program berkenaan tidak dilaksanakan sebagaimana dalam permohonan,” katanya lapor Berita Harian.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img