Dua maut manakala empat lagi cedera apabila pacuan empat roda yang mereka naik terbabas di Lebuhraya Pantai Timur (arah timur), dekat Maran, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Maran, Superintenden Wong Kim Wai berkata, mereka yang maut ialah pasangan suami isteri Aziz Awang, 68, yang memandu pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan isterinya Hasnah Mat Nong, 64, beralamat di Kampung Geliga, Kemaman
‘’Kedua-duanya yang merupakan peniaga kedai makanan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan dan siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku kira-kira jam 7.30 malam ketika kenderaan itu dalam perjalanan dari arah Cameron Highlands, Pahang menuju ke Kemaman, Terengganu,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat,’’ katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, empat penumpang yang cedera terdiri daripada tiga pekerja wanita berusia 27, 45 dan 65 tahun serta seorang anak kepada salah seorang pekerja, iaitu kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dan dihantar ke Hospital Temerloh untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.


