‘’Suaranya daripada siapa?…. Daripada terrorist Israel, terrorist besar’’ – Anwar kecam Zionis label GSF pengganas

“Mereka membawa makanan, minuman dan ubat-ubatan. Bagaimana GSF boleh dipanggil terrorist? Ini satu kenyataan yang biadab,” – Datuk Seri Anwar Ibrahim

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tuduhan Israel melabelkan aktivis misi Global Sumud Flotilla (GSF) sebagai pengganas adalah kenyataan yang biadab.

Beliau menegaskan bahawa pelayaran GSF ke Gaza adalah misi kemanusiaan bagi membantu penduduk Palestin yang ditindas rejim Zionis, yang hakikatnya adalah pengganas sebenar.

“Suaranya daripada siapa? Daripada terrorist Israel, terrorist besar. Mereka (GSF) tidak membawa senjata, tidak membunuh orang.

“Mereka membawa makanan, minuman dan ubat-ubatan. Bagaimana GSF boleh dipanggil terrorist? Ini satu kenyataan yang biadab,” katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Khadijah, Jalan Pantai Sentral 2, di Lembah Pantai, di Kuala Lumpur  hari ini, lapor Bernama.

Anwar berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Keselamatan Israel Itamar Ben-Gvir, yang menuduh aktivis misi GSF yang kini ditahan rejim itu sebagai pengganas menerusi satu rakaman video.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata beliau dimaklumkan bahawa sukarelawan Malaysia dalam misi GSF tetap bersemangat kental biarpun kini berada dalam tahanan pihak Israel.

Beliau menegaskan bahawa para sukarelawan berkenaan telah memberi sumbangan besar dalam mencelikkan masyarakat dunia mengenai kekejaman rejim Zionis.

“Walaupun ada yang menyatakan mereka tidak sampai ke Gaza, harus difahami bahawa mereka sedang berdepan dengan rejim penjajah yang ganas.

“Apa yang mereka lalui ini membuka mata ratusan juta rakyat dunia. Mereka berkorban, menempuh ombak di lautan, berdepan ketidakpastian keselamatan, malah semua telefon mereka dicampakkan ke laut,” kata Perdana Menteri.

Semalam, Ketua Pengarah Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby mengesahkan 23 aktivis Malaysia ditahan tentera Israel selepas komunikasi terputus serta visual menunjukkan penahanan mereka.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img