Sultan Selangor titah ahli kaligrafi terkemuka Jepun hasilkan khat ayat 135  Surah An-Nisaa’

SULTAN  Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj telah menitahkan seorang ahli kaligrafi terkemuka dari Jepun, Fuad Kouichi Honda untuk menghasilkan sebuah karya seni yang menampilkan lukisan kaligrafi khat.

Baginda telah memilih ayat 135, Surah An-Nisaa’ untuk diabadikan dalam karya berkenaan.

Ayat itu bermaksud :-

“Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu.

”Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya.

Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.”

Fuad Kouchi Honda adalah seorang rakyat Jepun beragama Islam yang meminati bidang kaligrafi Arab dan turut mengajar di Daito Bunka University.

Beliau telah memenangi banyak anugerah di atas karya-karya seumpamanya termasuk di International Arabic Calligraphy Competition.

Baginda tertarik dengan hasil-hasil karya Fuad sebelum ini dan kagum dengan kepakaran beliau dalam seni khat menggunakan abjad tulisan Arab.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img