Sumbangan Tunai Rahmah 2 dibayar esok, Bantuan Khas Kewangan  13 Mac

SEMPENA sambutan Aidilfitri pembayaram Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 yang dijadualkan pada April diawalkan esok secara berperingkat.

Ketika mengumumkan perkara itu hari ini, Perdana Menteri  Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah tersebut melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM1.3 bilion yang akan memanfaatkan lima juta penerima di seluruh negara.

 Anwar yang berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di Putrajaya turut memaklumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 15 dan ke bawah, termasuk lantikan kontrak akan dibayar pada 13 Mac.

“Ini termasuk pesara kerajaan dan veteran yang berpencen serta tidak berpencen yang turut menerima RM250 pada tarikh sama iaitu 13 Mac dan bantuan ini dikecualikan daripada cukai pendapatan,” katanya.

Perdana Menteri turut mengumumkan penyaluran sumbangan khas sebanyak RM500 kepada 70,000 guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut bagi menghargai khidmat mereka, seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan 2026.

Selain itu, Anwar turut mengumumkan subsidi tiket penerbangan bernilai RM400 bagi mengurangkan beban pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi laluan domestik antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak diperluaskan.

“Oleh kerana masih ada keluhan, jadi Mesyuarat Jemaah Menteri pada 4 Mac lalu telah meluluskan perluasan bantuan subsidi FlySiswa daripada IPTA, kini ditambah lagi kepada Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM), universiti separa kerajaan (Government-Linked Universities), institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri serta Institut Perladangan dan Komoditi.

“Ini akan melibatkan dan memberi manfaat kepada 50,000 pelajar pada tahun 2026 berbanding 44,000 pada tahun lalu,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img