Tentera Zionis pukul Greta Thunberg, dipaksa jilat dan  dibalut bendera Israel

Wartawan Itali Lorenzo Agostino mendedahkan kekejaman yang dilakukan oleh tentera Zionis terhadap Greta Thunberg apabila aktivis iklim Sweden itu dihina, dibalut dengan bendera Israel dan dipamerkan seperti trofi.

Katanya,  Greta Thunberg, seorang wanita yang berani dan baru berusia 22 tahun.

Agostina merasakan dirinya berada “di tempat yang benar-benar kejam” ketika ditahan secara tidak sah oleh Israel di perairan antarabangsa selepas serangan ke atas yang menuju ke Gaza minggu ini.

“Saya berasa seperti berada di tempat yang benar-benar kejam dan saya amat berharap kekejaman ini akan segera berakhir,” katanya.

Wartawan Itali Lorenzo Agostino

Bercakap kepada agensi berita, Anadolu Ajansi selepas tiba di Istanbul dengan penerbangan khas, Agostino berkata beliau dan penumpang lain telah “diculik” serta dilayan dalam keadaan yang “menghina”.

“Kemudian mereka membawa kami ke darat, dan sebaik tiba, mereka berkelakuan seperti kumpulan pengganas. Ada antara kami yang ditendang. Kami dibiarkan tanpa air bersih selama lebih dua hari. Secara keseluruhan, mereka menggunakan setiap kesempatan untuk menghina kami,” katanya.

Agostino menyifatkan ketibaan di Pelabuhan Ashdod sebagai penuh permusuhan, dengan kehadiran Menteri Keselamatan Israel Itamar Ben-Gvir.

“Ben-Gvir berada di luar tempat ketibaan di Pelabuhan Ashdod ketika kami tiba. Beliau seolah-olah memastikan kami dilayan seperti pengganas kerana beliau menganggap kami pengganas. Jadi saya bernasib baik kerana dapat keluar sejurus sebelum Ben-Gvir tiba,” tambah Agostino.

Beliau berkata mereka turut dilayan dengan mata ditutup, digari dengan ketat, pakaian tidak mencukupi serta dibiarkan dalam keadaan suhu sejuk beku di dalam van berhawa dingin selama berjam-jam.

Sementara  itu, Aktivis Turki dan peserta Sumud Flotilla, Ersin Celik berkata, tentera Israel menyeret Greta Thunberg dengan menarik rambutnya di hadapan aktivis lain.

‘’(Mereka) memukulnya dan memaksanya mencium bendera Israel. Mereka lakukan segala perkara yang tidak terbayangkan ke atasnya, sebagai satu amaran kepada yang lain,’’ katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img