TH Plantations tamatkan kontrak CEO kerana salah laku

TH Plantations Bhd hari ini mengumumkan penamatan kontrak Ketua Pegawai Eksekutifnya Zainurin Zain kerana salah laku.

Dalam  pengumuman kepada Bursa Malaysia , Lembaga pengarah syarikat itu menyatakan kontrak CEO ditamatkan hari ini dan surat penamatan telah dikeluarkan.

Anak syarikat perladangan Lembaga Tabung Haji itu dalam pengumuman berasingan hanya menyatakan bahawa  penyingkiran Zainurin daripada jawatan tersebut adalah kerana salah laku.

Keputusan itu dibuat sebulan selepas Zainurin dan Ketua Pegawai Kewangan TH Plantations, Marliyana Omar diberikan surat tunjuk sebab berhubung dakwaan pembayaran tidak sah berjumlah RM5.1 juta kepada pekerja ladang.

Zainurin diarahkan bercuti manakala Marliyana memilih untuk meletak jawatan.

Zainurin dilantik sebagai CEO TH Plantations pada Oktober 2021. Beliau sebelum itu pernah berkhidmat sebagai pengawal kewangan di New Britain Palm Oil Ltd, sebuah unit Sime Darby Plantation Bhd di Papua New Guinea.

Beliau juga pernah memegang jawatan naib presiden kanan di sebuah unit agromakanan milik Khazanah Nasional Bhd.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img