Tiada campurtangan bekas Setiausaha Politik Anwar dalam keputusan Kabinet – Fahmi

TIADA sebarang gangguan mahupun pengaruh daripada pihak luar dalam keputusan yang dibuat oleh Jemaah Menteri, menurut jurucakap kerajaan perpaduan Datuk Fahmi Fadzil.

Menteri komunikasi itu berkata, dakwaan bahawa terdapat individu tertentu mempengaruhi keputusan kerajaan tidak benar sama sekali.

Semua perbincangan Jemaah Menteri diklasifikasikan sebagai rahsia dan tidak boleh didedahkan, tambahnya.

Beliau mengulas dakwaan bekas Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dalam sebuah episod audio siar baru-baru ini bahawa bekas setiausaha politik Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, mempunyai pengaruh yang signifikan ke atas keputusan kerajaan.

“Langsung tidak ada (campur tangan pihak lain dalam keputusan kerajaan). Saya hadir hampir setiap mesyuarat Jemaah Menteri. Keputusan dibuat adalah keputusan yang diputuskan dalam Jemaah Menteri. Tidak ada (campur tangan atau pengaruh) mana-mana pihak lain.”

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program sambutan Merdeka di stesen LRT Pasar Seni hari ini, lapor Berita Harian.

Fahmi turut mengingatkan, sesiapa yang mendedahkan perbincangan Jemaah Menteri yang sulit boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA).

“Sebenarnya perbincangan dalam Jemaah Menteri itu berstatus rahsia, rahsia besar … di mana sekiranya diketahui, OSA terpakai.

“Jadi sekiranya ada tuduhan oleh mana-mana pihak, boleh dibuat laporan polis dan pihak berkuasa akan ambil tindakan,” katanya.

Rafizi sebelum ini berkata, tanggapan bahawa wujudnya pengaruh luar dalam keputusan Jemaah Menteri merupakan sesuatu yang berbahaya dan perlu ditangani dengan baik.

Rafizi and Nik Nazmi Nik Ahmad meletak jawatan sebagai menteri selepas masing-masing tewas dalam saingan timbalan presiden dan naib presiden PKR sewaktu pemilihan parti pada Mei.

Rafizi ialah bekas Menteri Ekonomi, manakala Nik Nazmi sebelum ini memegang portfolio Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus

IG:
Utusan Melayu Plus

TikTok:
@utusanmelayuplusofficial

Whatapps Channel:
UTUSAN MELAYU PLUS


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img