Tiada penyelesaian muktamad, tiada keadilan muktamad tapi satu permulaan – Anwar

“Tidak penyelesaian muktamad, tidak keadilan muktamad tetapi satu permulaan. Hentikan serangan dan beri saluran bantuan kemanusiaan kepada rakan-rakan dan keluarga kita di Gaza dan Palestin’’. – Datuk seri anwar ibrahim

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia kini sedang meneliti kandungan Pelan Damai Gaza  secara menyeluruh, sebelum menyatakan pendirian negara.

Sambil memberitahu perkara itu akan dibincang dengan teliti dalam mesyuarat Kabinet, Anwar berkata, kebanyakan negara Arab dan Iran  itu bersetuju kerana pandangan mereka.

,”… Yng penting hentikan keganasan dan jamin kemerdekaan Palestin termasuk Gaza dan segerakan bantuan kemanusiaan,” tegas beliau.

Beliau demikian pada sidang media selepas meninjau Command Center Sumud Nusantara di ibu pejabat Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), di Sepang, lapor Astro Awani.

Anwar turut memaklumkan bahawa terdapat rundingan sedang berlangsung dalam usaha mencari penyelesaian terhadap konflik berterusan di Gaza.

Justeru kata beliau pertemuan dengan Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 di Kuala Lumpur pada Oktober ini disifatkan sebagai penting untuk menyampaikan pendirian Malaysia.

“Sebab itu saya kata pertemuan dengan Trump itu penting. Walaupun ada sedikit kontroversi, mesti ada orang yang sampaikan (pandangan kita) dan ada rakan-rakan lain yang turut sampaikan,” katanya.

Anwar menegaskan bahawa beliau juga memikul tanggungjawab untuk menyampaikan hasrat rakyat Malaysia dan umat Islam seluruh dunia agar penyelesaian yang adil dapat dicapai segera.

“Saya fikir saya juga bertanggungjawab untuk sampaikan pandangan kita tentang penyelesaian yang adil. Mudah-mudahan dalam tempoh dua tiga hari ini, dunia akan dapat berita yang jauh lebih baik.

“Tidak penyelesaian muktamad, tidak keadilan muktamad tetapi satu permulaan. Hentikan serangan dan beri saluran bantuan kemanusiaan kepada rakan-rakan dan keluarga kita di Gaza dan Palestin,” ujarnya.

Pelan damai yang menggariskan 20 cadangan berkenaan antaranya ialah Gaza bebas ancaman keganasan; pemulihan Gaza demi rakyatnya; gencatan senjata serta-merta, proses dialog antara agama, serta pembebasan tebusan dalam 72 jam.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img