Tiga menteri angkat sumpah penggal kedua Senator esok…isyarat tiada rombakan besar Kabinet?

TIGA menteri akan mengangkat sumpah bagi penggal kedua sebagai senator esok, membolehkan mereka terus memegang jawatan dalam Kabinet.

Berdasarkan urusan mesyuarat sidang Dewan Negara esok, satu istiadat angkat sumpah dijadualkan berlangsung pada permulaan persidangan, namun nama individu terlibat tidak dinyatakan.

The Star memetik sumber sebagai berkata bahawa tiga senator yang bakal mengangkat sumpah ialah Menteri Dalam Negeri  Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Na’im Mokhtar, masing-masing bagi penggal kedua.

Mereka semua mengangkat sumpah bagi penggal pertama pada Disember 2022, manakala bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz telah mengangkat sumpah bagi penggal kedua pada waktu itu.

Pelanjutan tempoh Senator ketiga-tiga menteri itu sekaligus akan mengelakkan rombakan besar dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 Ini memandangkan sepatutnya penggantian hanya dilakukan bagi mengisi kekosongan Menteri Ekonomi yang ditinggalkan oleh Datuk Seri Rafizi Ramli dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang dikosongkan oleh Datuk Seri Nik Nazmi Nik Ahmad serta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berikutan peletakan jawatan Ewon Benedick.

Buat masa ini  tugas ketiga-tiga  portfolio itu dilaksanakan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan bagi Menteri Ekonomi, Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Ghani menjalankan tugas Menteri Sumber dan Kelestrian Alam Sekitar  manakala  portfolio Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi diuruskan oleh Menteri Kerja Raya Alexander Nanti Linggi.

Oleh itu selain tiga jawatan berkenaan, Anwar juga perlu mencari calon sesuai bagi jawatan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang kosong berikutan tamatnya tempoh Senator Tengku Zafrul.

Jika diperhatikan daripada empat portfolio yang kosong itu, tiga daripada berkaitan dengan ekonomi iaitu Menteri Ekonomi, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi  serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

 Bagi tujuan itu, Perdana Menteri harus mencari calon yang benar-benar kaliber bagi menggalaskan tanggungjawab dan bukannya bersandarkan faktor politik semata-mata termasuklah kedudukan seseorang  dalam parti atau sentimen parti terhadap seseorang.

Ia memandangkan Kabinet Kerajaan MADANI hanya memiliki masa setahun setengah sahaja lagi sebelum mandat berakhir, maka Anwar perlu mencari pengganti terbaik untuk keempat-empat portfolio berkenaan.

Apakah mungkin penggantian itu akan diumumkan esok? Siapakah yang terpilih? Adakah hanya Saifuddin, Zambry dan Na’im akan mengangkat sumpah atau ada individu lain? Bagaimana dengan bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin?

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img