‘Uncle Anwar’ tidak dapat hadir, kirim wakil beri sokongan Hari Usahawan Cilik

DATUK Seri Anwar Ibrahim berharap Hari Usahawan Cilik yang diadakan di sebuah taska di Subang Jaya, Selangor hari ini memberi pengalaman bermakna dan menyemai minat berniaga dalam kalangan anak-anak sejak kecil.

Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri berkata, seorang anak dari Taska As Sakeenah menghantar mesej mengundang beliau ke program Hari Usahawan Cilik itu.

GAMBAR: Facebook Anwar Ibrahim

“Memang teringin nak hadir beri sokongan, tapi saya di Brunei Darussalam mengetuai delegasi negara.

“Tidak mahu hampakan anak-anak, “Uncle Anwar” hantar pegawai, saudara Raimi Ab Rahim untuk mewakili bagi sampaikan sedikit sumbangan dan salam mesra kepada semua.

GAMBAR: Facebook Anwar Ibrahim

“Semoga Hari Usahawan Cilik ini memberi pengalaman bermakna dan menyemai minat berniaga dalam kalangan anak-anak sejak kecil. Kalau dapat untung, jangan lupa menabung,” kata beliau dalam hantaran itu hari ini.

Perdana Menteri turut mendoakan semua anak-anak membesar menjadi insan yang rajin berusaha, sentiasa membantu keluarga dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Anwar tiba di Bandar Seri Begawan semalam untuk lawatan kerja selama dua hari bagi menghadiri Rundingan Pemimpin Tahunan ke-27 (ALC-27) antara Malaysia dan Brunei.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here