Wanita 84 tahun maut, Myvi terbabas dalam sungai

SEORANG wanita warga emas maut selepas kereta Produa Myvi dipandunya terbabas ke dalam sungai di pekan Batu Kikir di Jempol hari ini.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Norhisham Mustapar berkata, kejadian jam 10.45 pagi itu dipercayai berlaku semasa mangsa yang berusia 84 tahun dalam perjalanan pulang ke rumah.

“Mangsa dikatakan baru pergi membeli barang di sebuah kedai ternakan haiwan.

“Sewaktu melalui selekoh jalan, kereta dipandu mangsa tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas sehingga terjatuh ke dalam sungai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kejadian itu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Tambahnya, kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan.

“Saksi kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohd Amirul Syafiq Mohd Yusof di talian 016-234 8669 bagi membantu siasatan,” katanya.

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img