Warga emas maut kereta terbabas rempuh gerai

SEORANG lelaki warga emas maut selepas kereta dipandunya terbabas sebelum merempuh sebuah gerai di Jalan Malim Jaya, Melaka, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa, Chan Soa’a, 74, yang memandu kereta jenis Proton Arena, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal polis mendapati, ketika kejadian mangsa sedang memandu dari arah Bulatan Malim menghala ke lampu isyarat Plaza Pandan Malim.

“Sebaik tiba di lokasi, kenderaan tersebut dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar sebuah gerai di tepi jalan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas perubatan dan mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat,” katanya.

Christopher berkata, kenderaan terbabit akan dihantar ke Puspakom bagi tujuan pemeriksaan teknikal, manakala usaha mengesan saksi bebas yang berada di kawasan kejadian turut dijalankan untuk membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img