WTCKL catat sejarah terima anugerah ASEAN Tourism Standards

WORLD  Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) melakar pencapaian bersejarah di persada antarabangsa apabila dinobatkan sebagai penerima anugerah ASEAN Tourism Standards (2026-2028) bagi 3rd ASEAN MICE Venue (Kategori Lokasi Pameran).

Anugerah itu disampaikan oleh  Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Shaharuddin Sohot  pada Majlis Penyampaian Anugerah ASEAN Tourism Standards 2026– 2028 di Cebu, Filipina, semlam.

Majlis itu dirasmikan Setiausaha Pelancongan Republik Filipina Christina Garcia Frasco. Negara Filipina merupakan tuan rumah ASEAN Tourism Forum 2026, bersempena dengan kepengerusian negara itu dalam ASEAN pada tahun ini.

Pengiktirafan itu meletakkan WTCKL sebagai hab utama Acara Perniagaan, penganjuran pameran, persidangan dan acara berskala besar yang berimpak tinggi, sejajar dengan aspirasi Malaysia.

 Ini sekali gus meletakkan WTCKL dalam kalangan lokasi pameran yang memenuhi piawaian serantau ASEAN merangkumi aspek fizikal, teknologi, dan perkhidmatan, serta tumpuan terhadap kualiti fasiliti, pengurusan pusat, dan kepakaran pasukan yang bertugas.

Pengarah Urusan Kumpulan WTCKL, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim, berkata pengiktirafan berkenaan membuktikan komitmen berterusan WTCKL dalam mengekalkan standard perkhidmatan bertaraf antarabangsa.

“Anugerah ini mencerminkan keupayaan WTCKL dalam memenuhi piawaian ASEAN serta kesungguhan kami untuk terus menyediakan fasiliti pameran yang berkualiti, selamat dan kompetitif di peringkat serantau, terutamanya pada Tahun Melawat Malaysia 2026 ini,’’ katanya.

Beliau berkata, WTCKL akan terus menumpukan kepada peningkatan kemudahan serta pengurusan operasi.

 “Fokus utama kini adalah untuk terus memperkasakan infrastruktur kami agar sejajar dengan trend global, sambil memacu inovasi perkhidmatan yang melampaui ‘expectation’ pelanggan dan pengunjung.

‘’Melalui kolaborasi strategik yang lebih erat dengan rakan industri, WTCKL akan terus menjadi pemacu utama ekonomi Acara Perniagaan yang mampan di rantau ini,” ujar beliau.

Dr. Irmohizam turut berkesempatan bertemu Christina Garcia Frasco memaklumkan  perkembangan WTCKL serta menyatakan komitmen untuk meneruskan dan memperkukuh hubungan dua hala yang sedia terjalin antara Malaysia dan Filipina dalam usaha memajukan industri Acara Perniagaan di rantau ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan WTCKL, Fauzy Wahab, turut menyifatkan pengiktirafan ini sebagai pemangkin untuk WTCKL terus komited dalam memacu pertumbuhan dan kecemerlangan industri Acara Perniagaan dan MICE.

‘’Komitmen ini akan dizahirkan melalui penekanan berterusan terhadap inovasi, relevansi dan standard tinggi bagi setiap acara yang dianjurkan, sekali gus meneguhkan peranan WTCKL sebagai Pusat Konvensyen dan Pameran terunggul di peringkat tempatan dan antarabangsa,’’ katanya.

Anugerah ASEAN Tourism Standards dianjurkan bagi mengiktiraf organisasi dan fasiliti pelancongan yang memenuhi piawaian ditetapkan oleh negara-negara anggota ASEAN, selaras dengan usaha meningkatkan kualiti dan keseragaman industri pelancongan dan MICE di rantau ini.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img