14 terbunuh, 11 cedera depot simpan senjata meletup di Syria

ANGKA korban akibat letupan di sebuah depot penyimpanan sementara senjata dan sisa peperangan berhampiran Sarmada, di kawasan luar bandar utara Idlib, Syria meningkat kepada 14 orang pada Rabu.

Seramai 11 lagi dilaporkan cedera dalam kejadian itu berdasarkan jumlah korban awal.

Pengarah Pejabat Media Direktorat Kesihatan Idlib, Sobhi Assaf, berkata kepada Agensi Berita Syria (SANA) bahawa kecederaan mangsa adalah antara ringan hingga sederhana, selain memberi amaran jumlah korban mungkin meningkat.

Menurutnya, pasukan kecemasan dan ambulans, bersama anggota Pertahanan Awam, masih berada di lokasi kejadian bagi mengelakkan letupan susulan serta memastikan keselamatan penduduk.

Sementara itu, Komander Operasi Kawasan Dana di Kementerian Pengurusan Kecemasan dan Bencana, Osama al-Mousa, berkata pasukan Pertahanan Awam masih menjalankan usaha memadam kebakaran dan mengamankan bahan letupan yang tidak meletup di lokasi berkenaan.

Beliau berkata, pasukan penyelamat turut meneruskan operasi mengeluarkan mayat serta memindahkan mangsa yang cedera dari kawasan letupan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here