16 rumah kayu musnah dalam kebakaran di Tawau

SEBANYAK 16 rumah kayu musnah dalam kebakaran di Lorong Fook Hwa, Batu 2, Jalan Apas, di Tawau, malam tadi.

Ketua Zon Tawau Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Moiley Milin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi talian NG999 pada jam 9.31 malam sebelum 45 anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, operasi pemadaman menggunakan sumber air daripada tangki jentera bomba, pili bomba berhampiran dan parit.

“Sebanyak 300 rumah berjaya diselamatkan.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan, namun api merebak dengan pantas berikutan kedudukan rumah yang rapat antara satu sama lain selain keadaan angin kuat,” katanya ketika dihubungi, hari ini, lapor Buletin TV3.

Beliau berkata, tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kejadian itu.

Operasi pemadaman ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.25 pagi tadi.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here