2 bot karam di perairan Myanmar: Lebih 500 etnik Rohingya dikhuatiri maut

LEBIH 500 orang pelarian etnik Rohingya dikhuatiri maut selepas bot yang membawa mereka karam di perairan Myanmar dalam dua kejadian berasingan baru-baru ini, menurut dua agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Dalam kenyataan bersama hari ini, Agensi Pelarian PBB (UNHCR) dan Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM) memaklumkan, kedua-dua bot itu berlepas dari Rakhine pada penghujung Jun lalu dengan membawa sebahagian besar penumpang etnik Rohingya.

Menurut kenyataan itu, sebahagian daripada mereka dipercayai berlepas dari kem pelarian di Cox’s Bazar, Bangladesh.

Sebuah bot membawa kira-kira 250 penumpang dilaporkan terputus hubungan sejurus selepas berlepas.

Sementara itu, sebuah lagi bot yang membawa sekitar 280 penumpang dipercayai karam di perairan Ayeyarwady pada 8 Julai lalu.

UNHCR dan IOM memaklumkan kejadian serta jumlah sebenar korban masih belum dapat disahkan secara rasmi, namun kedua-dua agensi itu menyuarakan kebimbangan terhadap kemungkinan kehilangan nyawa yang besar.

“Kebanyakan mangsa ialah penumpang Rohingya yang mempertaruhkan nyawa melalui perjalanan laut berbahaya demi mencari perlindungan,” menurut UNHCR dalam kenyataan di platform media sosial X.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img