Dewan Rakyat lulus RUU Kumpulan Wang Amanah Negara 2026

DEWAN Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) 2026 yang akan memperkukuh asas perundangan dana itu dengan memastikan aliran masuk lebih konsisten, pengeluaran lebih berdisiplin serta tadbir urus dan akauntabiliti yang lebih jelas.

RUU yang berpaksikan hasrat jelas untuk mewujudkan rizab kewangan jangka panjang bagi generasi Malaysia akan datang itu dibentangkan Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong dan diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahaskan oleh 15 Ahli Parlimen.

Chin Tong berkata, setelah hampir empat dekad, aset kumpulan KWAN berjumlah RM22.43 bilion pada akhir 2024, dengan Petronas kekal sebagai satu-satunya penyumbang secara sukarela, berjumlah RM13.5 bilion.

“Dalam tempoh yang sama, pengalaman mentadbir Kumpulan Wang, termasuk episod pengeluaran RM5 bilion pada 2021 yang mendapat perhatian umum, menunjukkan kerangka sedia ada perlu ditambah baik, sumbangan bergantung sepenuhnya kepada budi bicara, tiada had pengeluaran, dan maksud penggunaan yang umum.

“RUU ini digubal bagi memperkukuh kerangka tersebut melalui sumbangan berkanun, disiplin pengeluaran dan tadbir urus yang moden,” katanya ketika menggulung perbahasan RUU KWAN 2026 di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, kadar caruman yang dimaktubkan pada 0.1 peratus adalah kadar minimum dan obligasi sumbangan kepada simpanan antara generasi perlu kekal teguh merentas kitaran fiskal dan kerajaan yang silih berganti.

Oleh itu, kadar tersebut hanya boleh diubah oleh Parlimen sendiri melalui Akta pindaan, dan mana-mana kerajaan yang ingin mengubahnya mesti kembali ke Dewan Rakyat, katanya.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img